Dalam hidup ini kita lalu macam-macam hal.
Yang best, yang biasa dan yang macam sial.
Alhamdulillah, untuk beberapa bulan yang lepas hidup semakin baik.
Semakin perlahan-lahan bina kehidupan baru balik. Walaupun ada lah dua
tiga hari yang hidup tak best, rasa nak lari sekejap dari dunia yang
kadang-kadang membosankan. Tapi jauh mana pun kau boleh lari dan nak
tinggalkan.
Bila jadi orang yang dalam keadaan aku ni, memang kena banyak tepis apa
yang orang keliling bercakap pasal aku dan soalkan. Lagi bagus kalau
tak payah jawab apa-apa pun. Sebab sekali orang bertanya, sebenarnya dia
nak tau lebih banyak lagi. Yang kau pun tak pasti, dia betul-betul
ikhlas nak simpati atau dia sengaja buat-buat simpati nak tahu dan
kemudian tepuk tangan belakang kau bertalu-talu.
Berhati-hati dengan siapa kita bercerita.
Manusia sekarang, putih suci depan kita.
Belakang mungkin dia menyetankan kita dengan mereka-mereka.
Untuk masa sekarang, aku bersyukur dengan segala dugaan dan kebahagiaan
yang Tuhan bagikan. Aku tak mahu mintak apa-apa lagi. Cukup dengan keluarga, kerja, kawan.
Cuma soal jodoh ni aku heran.
Haha.
Tipulah kalau cakap aku tak ada berkawan. Memang ada. Cuma perasaan
insecure tak habis buang lagi. Kalaulah jodoh aku semakin dekat, aku
rasa aku kena buka buku balik belajar dengan hal-hal lepas.
Apa yang aku tak patut buat.
Dan apa yang aku kena buat.
Hidupkan pasal belajar.
Dan yang paling penting, jangan lupa doa.
Amin.
#Hidd Minhat. --- Describimg me,now :)
No comments:
Post a Comment