Sunday, July 21, 2013

Question.

"Kita nak jadi happy macam awak jugak, taknak heartbroken dah. Macam mana?"

Okay. Sekarang ni, aku nampak happy sangat macam takde masalah ke? Sebab ada kengkawan yang dok tanya. But, I'l take that as a compliment though. And to answer the question, I actually have no idea. Kalau nak ikutkan apa aku buat, meh aku senaraikan apa aku buat sejak heartbroken dulu untuk jadi apa yang aku sekarang ni. Happy? Oh well *peace* alhamdulilah. Meh sharing is caring.

1. Berhenti stalk. -- Ini penting tahap seribu kali penting. Kau nak happy? Kau kene buat dang buat tak kenal buat tk tahu menahu pasal ex kau. Kalau kau stalk especially bila dia dah ada teman pengganti (wah gitu) komfirm sampai ke sudah kau meroyan. Sampai ke sudah life not fair. Percaya satu je, Allah akan balas semuanya. Kau, cuma perlu percaya dan jangan stalk. Kau cari la bahan lain untuk stalk. Kalau aku dulu, aku stalk artis. Eherherher.

2. Lepas kau dah berjaya tak stalk, kau kene redha.--- Yes, KENA, PERLU, HARUS! You know, everything happen for a reason. Dah tak guna nak salahkan sesiapa. Anggap la ni ketentuan DIA. DIA mungkin ada perancangan yang lebih baik untuk kau. Dah bukan jodoh kau, redha please. Memang susah and it takes time tapi banyak banyak lah berdoa. You'll find the answer ataupun ketenangan. And bila masa tu tiba, you'll understand why aku cakap tak perlu dah salahkan siapa siapa. Things happened, deal with it. Sakit, tapi sakit tu takkan sakit selama-lamanya. You yourself have the power to change. Gitu.

3. VACATION! ---- Oh ini kalau ada fulus. hahahahaha Tapi kalau takde pun, apedehal. Keluar lepak sudah. Yang penting jangan duduk dalam bilik dok kenang nasib kenapa jadi macamni. No good bebeh. Keluar. Ajak kengkawan lepak. Dulu aku bawak kawan aku pegi dating jalan sampai Melaka ha. Tak kisah la dia dating, yang penting aku berjalan. Orang kata jauh perjalanan luas pandangan Aku make sure setiap minggu akan ada aktiviti. So that I wont be dealing with my emotions. So balik balik dah penat, terus tidur. Takde masa nak fikir serabut kepala otak. So.. keluar lah.

4. Peranan family and friends. ---- Pada aku ni paling penting. Backbone wa cakap lu. Sebab we listens to them kadang kadang more than we listens to ourselves. Eh tak, pernah dgr kata hati lepastu binasa. So amek cebis cebis kata orang lain dan terap dalam diri okay? Kadang kadang kawan kawan dan keluarga kita ni lebih kenal diri kita ni. Kata kata semangat dari diorg je dah cukup untuk semangatkan kita. Trust me. Allow it. Jangan ego taknak dgr cakap org cakap seniri je betul. Diorang sayang kita, so mesti diorg nak the best untuk kita. Kalau kita sayang diorg jugak, cuba bg the best of us untuk diorg jugak. kan ke elok cenggitu :)

5. Percaya. ---- Percaya Tuhan. Percaya things happened for a reason. Percaya akan ada yang lebih baik menanti kau. Setiap orang bahagian dia lain lain. Dont worry. Yours will come. Mungkin kita didatangkan dugaan dulu baru cahaya pelangi siapa tahu. Sekurangnya kita ada experience lebih lepasni bole timbang mana baik mana buruk. Kalau pun ex kau dah ada or lain dah bahagia, let em be. Ingat, kita doakan orang yang baik, baik, insyaAllah lagi ramai orang akan doakan and aminkan kita yang baik baik. (Trust me, to come to this conclusion takes time, but alhamdulilah) Dont give up on life and most importantly, dont give up on HIM. Sekali kau putus harap, meroyan lah kau. Maka, JANGAN putus harap.

6. Baca quotes. --- Yang ni aku selalu baca quotes fynn jamal sebenarnya. Tulisan dia bebetul boleh buat aku fikir dalam dalam, cari balik kekuatan aku. Tapi kadang kadang aku go through blog blog orang lain. Kalau nak, tanya aku blog siapa lagi yang banyak inspiration. Aku more to puisi. Aku suka cari diri aku dalam tulisan orang. Ramai sebenarnya yang berjiwa besi. Dan aku cuba carik setiapnya untuk aku jadi besi juga. Actually, it do helps. Sebab kadang kadang tulisan org tu kita boleh rasa. Dan kita mampu cakap " kalau dia boleh, kenapa tak aku?" Yeah, like that. Stalk pakar tulisan untuk quotes. Tulisan yang jujur, serious boleh bagi jiwa kau terusik.

Aku buat 6 je dulu. Sebab aku nak pergi makan. HAHAHA.

---------

Bukak buku baru, jangan fikir yang dulu dulu. Dulu dulu kan dah habis? Sekarang ni, let the happy you shine and conquer the world gituuuuu. Pasal cinta ni, eventually it'll come to you. Kau focus je kat diri kau dan family kau. Kau tahu tak, sebenarnya simple things tu pun dah boleh buat kau happy? Dan bila kau happy eventually good things will start happening. Sebab aku skrg nampak happy mungkin sbb good things are happening. Dreams come true and stuff. Aku ada je lowest point lagi, tapi like I said, friends and family ade. Cari diorg, mintak consultation. You'll find strength within.And you'll survive. And good things will start happening balik.

Till then. xxx

1 comment:

Unknown said...

Dekatkan diri dengan Allah swt, zikir sebagai terapi diri. Biarpun dalam fikiran sentiase ade rase ingin menghadapi sesuatu tidak diingini tapi jangan jadikan ia penghalang untuk sesuatu yang dihajati. Walau kebarangkalian hajat tidak semua dapat memuaskan hati tapi sekurang2nya tidak ade rase dengki dan iri hati dalam diri. Sukar untuk berdikari kalau kita sendiri tidak mengenal hati budi. Jadi diri sendiri. Jangan takut dan sentiasa kedepan. Berfikiran positif. InsyaAllah tenang dan happy tanpa perlu memikirkan dan memperingati masalah dan masa lampau.

Sekian,
:)