Hello what's up? Topik ni sebenarnya dah lama kita nak tulis tapi ya ampun, kita busy tahap apa la sejak dua menjak ni. Kita nak cakap pasal "My Kind Of Relationship" , if ever I have one, some day. Ni bukanlah expectation (I think) cuma something that I have in mind. Something that made me blush myself, setiap kali berangan. Eh. Haha. Dan apa yang kita list bawah ni semuanya is opposite dari past relationship kita. We learnt from bad relationship. Haha.
My kind of relationship would be as below,
1. Trust. Kita nak partner kita tu nanti trust kita, and kita trust dia. Tak perlu kongkong takperlu control 24 jam. Takperlu ini tak boleh tu tak boleh. Sebab once adanya trust dalam relationship tu, kita rasa takkan ada apa apa masalah. Cumanya, jangan disalah guna lah the amount of trust tu. Sebab once ada trust tu, kita rasa takde istilah controlling dah. Dua dua akan faham dua dua.
2. Sempoi. Sempoi di sini bermaksud bukan sejenis yang cepat sangat nak amik hati kalau bergurau kasar. Ala tahu tak macam kadang2 kita boleh ber aku kau, ber gua lu, macam memember tapi in lovey dovey punya. Ala boleh bayang tak? Ke kita sorg je yang bayang? haha. Tah la kita rasa macam best tgk relationship yang macam tu. Yang taklah cheesy sgt. Asyik bersayang bermanja je. Kita nak yang boleh joke around. Yang ala susahla nak explain. Haha.
3. Outdoor and spontaneous. Kita suka relationship yang, kalau kita keluar tu, bukan la kita buat satu aktiviti je. Kita suka random plans, random activities. Selalu org dating pergi tgk wayang la, pergi shopping la. No no no, kita tak suka sangat macam. Kita suka partner kita kalau kita boleh piknik ke, gi panjat gunung ke, gi air terjun ke. Yknow, outdoor things and if benda tu random lagi lah ummph. Macam tengah jumpa tiba tiba "Yang, jom la kita gi buat piknik beli pizza duduk tepi tasik" awww. K bye. hahaha.Macam ada elemen elemen suprises gitu.
4. Friends and family. Okay, yang ni kita rasa penting. Kita harap partner kita nanti boleh ngam dengan kawan dan family kita. So apa apa hal, boleh lepak sama sama. Boleh holiday sama sama. Cool kot camtu. Kita taknak dunia kita berdua je dengan dia. Kita ada dunia lain dengan org lain jugak, and kita nak partner kita jadi sebahagian dari dunia kita. Kita harap nnti partner kita punya dunia pun, kita boleh in. Kita bleh cuba la. Macam parents kita. Kawan kawan diorg semua daam circle sama. so bila lepak, meriah. bahan membahan. Entah la, buat apa kita nak hidup berdua je kalau kita boleh hidup sama sama dengan kawan kawan lain? kita cakap hidup sama je, tapi partner kita tu takde org boleh kongsi. Hiks.
5. Jealousy and protective. Kita taknak jd seorang yang kuat jeles tp kita nak ada elemen jeles tu dalam relationship. Just enough to ensure that kita tahu dia taknak hilang kita and dia tahu kita taknak hilang dia. Once in a while is fine. Taknak aa sampai jeles membabi buta. Sepak kang baru tahu. And yes, I learnt from my past relationship as well. Dari segi protective pulak, tak tahu nak hurai. Cumanya relationship tu dua dua jaga la. Dua dua maintainkan. Bukan effort dari sebelah pihak je.
6. Supportive. Kalaupun contoh kita dengan partner kita minat memang totally out la, lain lain, kita harap tu bukan halangan la. Kita harap kita dua dua boleh support minat masing masing. Mungkin boleh kalau nak bahan minat memasing tapi bukan selalu la. Hee cumanya kalau support tu pun, is more than enough. Cool kot, dan mungkin lg cool kalau partner kita cuba untuk in dgn minat kita and vice versa. So dua dua akan cuba new things. Isnt it interesting?
7. Agama. Yang ini paling penting lah, penting sgt. Kita nak dalam relationship tu saling ingat mengingati gitu. Eh kita palinglah suka relationship yang ajak semayang sesama.I mean, ingatkan untuk semayang.Kalau keluar ajak ke masjid. Ahh rasa relationship tu pun macam ohh kita in the right track. Sebab kita ni semua manusia kann. Takdenya perfect. Ada punya cela sini sana. So bila dalam rship tu saling ingat dan mengingatkan, And in case kita dan partner kita dua dua tak tahu, sama sama boleh belajar. Bukannya terus, " ala tak tahu. tak yah ah". Taknak la camtu.
So, so far itu je yang kita teringat skrg. Ini dikira expectation ke? Kita rasa macam tak. Pada kita, ni apa yang kita impikan. Impikan gitu. Kalau jodoh kita nanti, bagi kita relationship yang macam ni, alhamdulilah. Kalau tak, takpela. Allah kan tahu yang terbaik? Dan in case kalau takde jodoh unntuk kita kat dunia pun, takpe. Sekurangnya kita ada berangan macamni. Dan mungkin kat akhirat nnti Allah dah sediakan jodoh yang begini untuk kita? Percaya saja ketentuan DIA :)
Oh, dan taklah, kita bukan nak ada sesiapa skrg cuma it crosses my mind so just wanted to let it out. Mana lagi kalau bukan dekat sini. Paling paling nnti baca balik, tergelak sendiri. Hiks.
-----------
Till then, xxx
No comments:
Post a Comment